TUJUH PERKARA
GANJIL (PENGALAMAN SI PENCURI KAIN
KAFAN)
Terdapat
seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk
dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah
untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w.
t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku
telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku
merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali
bertaubat.”
”
YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi
pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya
telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya
pemuda itu.
”
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t.
sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan
wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan
muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung
pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok
semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku
menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi.
Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab
ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan
dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan
yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah
amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda
itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat,
pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali
kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula
ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
”
Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,”
balas ahli ibadah itu lagi.
”
Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat
yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab
ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada
kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali
tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
”
Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang,
hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh
badannya,” sambung pemuda itu.
”
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa
hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih
daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa
yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat
baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
”
Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya
kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat
mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk
baunya,”
”
Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab
ahli ibadah tadi.
”
Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum
dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya
pemuda itu lagi.
Jawab
ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang
berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah
golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik
sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah,
sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan
kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan,
hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..