Thursday 29 March 2012



Jangan harapkan sesuatu yang SEMPURNA pada pandangan manusia,
Kerana tidak ada KESEMPURNAAN dalam pengetahuan manusia,

Melainkan kesempurnaan hanya pada pandangan ALLAH dan dalam pengetahuan ALLAH sahaja..
Tetapi harapkan yang TERBAIK kerana yang terbaik masih dalam lingkungan capaian manusia..

Moga-moga kita semua dapat membentuk yang terbaik dalam diri supaya berada dalam kalangan yang TERBAIK.…insyaAllah :)"

Friday 23 March 2012


TUJUH PERKARA GANJIL (PENGALAMAN SI    PENCURI KAIN KAFAN)



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

” YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..



10 tips penjagaan bateri laptop anda supaya tahan lama


Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kewajipan jika tiada bekalan elektrik. Adakah anda tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian anda? Untuk memastikan bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan korang tahu cara penjagaannya. Dan hari ini aku 10
ingin berkongsi pada korang semua bagaimana cara untuk memanjangkan hayat sesebuat bateri dan prestasi bateri tersebut. Bagi sesiapa yang tidak menjaga bateri laptop mereka, korang perlu tahu berapakah harga sesebuah bateri tersebut di Malaysia dan dimanakah boleh mendapatkannya. Jadi, jom ikut tips yang penjagaan bateri yang boleh korang praktikkan seperti dibawah.

1. Charger/AC Power
Jika korang berada dirumah, memang digalakkan untuk korang menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Kalau boleh bila pakai plug, tanggalkan bateri dari laptop.
Seperator 10 Tips Penjagaan Bateri Laptop Anda Supaya Tahan Lama
2. Kawal Suhu Laptop
Jika korang menggunakan bateri, pastikan suhu laptop korang tidak terlalu panas. Jika suhu laptop korang terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop korang berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, korang perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas laptop. Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil dari laptop akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan laptop korang untuk memberi ruangan udara yang luas.

3. Kawal Kelajuan CPU
Korang boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, korang perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Korang boleh memilih samaada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).





4. Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.
Seperator 10 Tips Penjagaan Bateri Laptop Anda Supaya Tahan Lama
5. Guna Hibernation Mode
Jika korang mahu meninggalkan laptop korang dalam keadaan terpasang, aku cadangkan korang guna Hibernation Mode. Jika korang hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.



6. Kurangkan Kecerahan Skrin
LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD korang jika tidak menggunakannya. Selain itu, korang boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata korang juga.



7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Apa yang aku maksud hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tak guna, matikan. so, jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.

Seperator 10 Tips Penjagaan Bateri Laptop Anda Supaya Tahan Lama
8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)


Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tue, tak payah la cucuk, pakai touchpad je.



9. Matikan Jadual Tugasan (Scheduled Tasks)
Apa yang aku maksudkan dengan jadual tugasan tue. Bunyinya cam kelakar plak. Hm. Dipendekkan cerita, matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem korang. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan.


Seperator 10 Tips Penjagaan Bateri Laptop Anda Supaya Tahan Lama
10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Ini yang terakhir dan memang penting. Pastikan korang matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu sahaja. Selain itu, Elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.


Monday 19 March 2012

            

              

              Polisterin? Pada sesiapa yang peka dengan isu alam sekitar  pasti sudah dapat terbayang keburukannya apabila perkataan polisterin disebut. Pada era langit yang terbuka ini, penggunaan polisterin semakin berleluasa bukan sahaja di negara Malaysia malah di seantero dunia.

             Jika kita lihat di dada-dada akhbar,sering kali permasalahan alam sekitar menjadi tajuk utama.Penggunaan  polisterin adalah salah  satu  penyebab berlakunya masalah  alam sekitar di negara ini dan ini memerlukan perhatian yang tinggi untuk mengurangkan penggunaan polisterin secara total.



Kenapa kita mesti mengharamkan polisterin? banyak bahan yang berbahaya terkandung dalam polisterin yang biasa kita guna antaranya bahan karsinogen , bahan ini boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan. Menurut kajian,Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.Bahan-bahan kimia daripada polistrin akan menyerap ke dalam makanan  dan kemudian ke dalam tubuh manusia.

            Untuk pengetahuan anda juga, stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetic yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini amat berbahaya terhadap alam sekitar malah manusia juga.  Stirena dapat merendahkan bilangan  sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid.

Polisterin mengandungi tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang mana bahan-bahan berbahaya ini 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.Tambahan pula,hasil kajian yang dilakukan oleh Institut for Energy and Environmental Research(IEER) pada tahun 1992 menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang ke-5 paling bahaya.

          Jadi,tiada sebab lagi yang boleh kita bantah daripada mengurngkan penggunaan polisterin.Kita seharusnya tidak memandang mudah dan ringan tentang bahaya yang akan timbul ekoran daripada penggunaan polisterin. Alternatif yang boleh kita guna untuk menggantikan penggunaan polisterin ini antaranya adalah membawa bekas makanan sendiri yang dijamin tidak memudaratkan, menempah makanan yang tidak menggunakan polisterin dan bawa makanan sendiri dari rumah.

          Usaha pengurangan gunaan polisterin haruslah menjadi perhatian semua pihak. Sukar untuk mengharapkan masyarakat melakukan perubahan mendadak jika tiada satu usaha tegas tidak dipraktikkan dalam menghapuskan penggunaan polisterin. Oleh sebab itu, pihak berkaitan seperti Kementerian  Sumber Asli dan Alam Sekitar haruslah bekerja keras dalam merangka jalan penyelesaian dalam mengurangkan bekas makanan dan cawan polisterin terutamanya di majlis-majlis.Alam sekitar adalah anugerah dari Tuhan, jadi ,menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk menjaganya bukan memusnahkannya.


"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)



Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)



"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)



"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)



"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi)



Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)



"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)



"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)



"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)



"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)



"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati" (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)



"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI" (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)



Wednesday 14 March 2012



PuAs-pUaS

Puas-puas bercakap
hati pun tergerak
untuk memerhatikan sikap
yang memihak
ke mana perkara akan dibawa
soal manusia soal dunia
puas-puas berfikir
begini jadinya
untuk bermenung menaksir
setiap yang terhasil:
masih tetap tertangkap
nada nafas yang tercunggap.
kemanusiaan, keduniaan
menjadi hukum percaturan;
rundingan dan kekuasaan
melihat berat pada kepalsuan

Masuri S.N.
Dewan Sastera, April 1990

Tuesday 13 March 2012



kelebihan di sebalik sangkaan buruk

kelebihan kacang.......
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium,vitamin B kompleks dan Fosforus.
Kacang tanah sering disalah anggap sebagai penyebab tumbuhnya jerawat, malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya.
Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Minyak dari kacang tanah adalah sumber terbaik pencuci perut. Bagi menambah kandungan susu badan bagi ibu yang menyusukan bayinya, digalak mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.
Pokok Kacang Khasiat Dan Kebaikan Kacang Tanah
Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit batuk kering. Mengambil satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.

anti virus terbaik Bagaimana Tentukan Anti Virus Sesuai Untuk PC Anda
Ada banyak jenama perisian anti virus di pasaran dari berbagai syarikat pembikin software anti virus, sama ada yang percuma atau yang berbayar kesemua bersaing hebat untuk memberi yang terbaik bagi melindungi komputer Anda dari serangan virus
(jika Anda menggunakan laptop Apple atau mana-mana versi iPad, Anda tidak perlu risau pasal virus!).
Bagaimana Untuk Tentukan Mana Satu Antivirus Sesuai Untuk Anda
Jawapannya, bergantung pada penggunaan Anda berkomputer. Mana satu yang Anda banyak gunakan? Online atau offfline? Adakah Anda banyak gunakan komputer Anda untuk online?
Adakah Anda banyak gunakan komputer Anda untuk kerja-kerja offline seperti menaip, membuat design atau untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat?
Jika Anda jarang gunakan internet atau anda cuma gunakan internet sebanyak 2 jam sahaja dalam sehari,
Jawapannya perisian anti virus jenis ‘normal anti virus protection’ sesuai untuk Anda kerana perisian anti virus sebegini direka untuk melindungi komputer dari ancaman virus yang datang dari peranti luaran seperti external hard drive, usb pen drive, usb thumb drive, kad memori atau kad SSD jenis flash.
Jika Anda banyak gunakan komputer Anda (sama ada laptop, tablet atau desktop) untuk melayari internet dari jenis talian internet berkabel, WiFi atau Broadband lebih dari 2 jam sehari,
kemudian Anda melayari internet paling kurang 2 jam pada sebelah pagi, 2 jam pada sebelah petang dan 1 jam lagi pada sebelah malam, maka Anda lebih sesuai mengunakan untuk anti virus dari jenis ‘internet security’.
Sebagai contoh, mari lihat produk Kaspersky Anti Virus. Mereka ada dua versi, satu ‘anti virus protection’ atau singkatannya K.A.V. Produk kedua mereka adalah Kaspersky Internet Security atau singkatannya K.I.S.
Mana satu lebih sesuai untuk komputer Anda?
Jawapannya, lihat pada gaya penggunaan Anda, sama ada Anda banyak guna internet atau tidak.
kalu kaki tenet gunelah antivirus tenet security....

Monday 12 March 2012


72 JENIS PUAKA KAUM IBRANI

Puaka Agares
Setiap bangsa memiliki kepercayaan terhadap hantu mengikut versi, budaya masing-masing. Jika masyarakat Melayu terkenal dengan jin yang menyerupai hantu seperti pontianak, hantu raya, pocong atau toyol; masyarakat Barat terutama kaum Ibrani kuno juga mengenali 72 jenis puaka atau jin yang wujud dalam kepercayaan mereka.

Pengkaji paranormal daripada pasukan Penyiasatan Lokasi Paranormal (PSI), Jamie Surina Hisham, berkata mengikut kepercayaan masyarakat itu, 72 jin terbabit adalah ketua utama yang memerintah pasukan tentera syaitan untuk berkeliaran melakukan angkaradi muka bumi.

Beliau berkata, setiap puaka itu mempunyai kepakaran dan 'kesaktian' tertentu antaranya memukau, menyihir, menjelma membentuk sesiapa atau apa sahaja selain menggunakan pelbagai kekuatan magik untuk mempengaruhi pemikiran manusia seterusnya menyesatkan mereka daripada kebenaran.

"Mengikut mitos kaum terbabit, semua jin atau puaka ini pada asalnya dikurung oleh Raja Solomon dalam tujuh bekas berasingan di sebuah kuil purba di Jerusalem pada ribuan tahun lalu. Akan tetapi apabila tentera Romania datang ke kuil itu, mereka menemui bekas terbabit lalu membukanya menyebabkan semua jin yang terperangkap itu akhirnya bebas sehingga kini," katanya.

Puaka Bael
Jamie berkata, berikutan jin terbabit memiliki kekuatan sihir dan magik, ada antara puaka terbabit yang dipuja pihak tertentu dalam ritual songsang selain diseru ahli sihir kononnya bagi mendapatkan bantuan makhluk ghaib terbabit. "Antaranya Aaron C Donahue, seorang ahli sihir yang mengaku memiliki kebolehan untuk melihat ke 'alam lain' malah dia juga mendakwa pernah menyeru kebanyakan puaka terbabit untuk muncul di hadapannya," katanya.

Beliau berkata, pihak PSI kini mengadakan kajian mengenai pengaruh budaya dalam sesuatu masyarakat sehingga wujudnya pelbagai tanggapan berlainan mengenai jenis hantu antara suatu kaum dengan kaum yang lain.

"Kajian kami mendapati terdapat 99 mitos hantu dalam masyarakat Melayu manakala bagi kaum Ibrani ini pula, terdapat 72 mitos hantu atau puaka yang dipercayai mereka; setiap bangsa memiliki hantu mengikut versi budaya masing-masing yang jelas berbeza dengan hantu bangsa lain," katanya.

Kedua-dua kajian mengenai hantu itu iaitu 'Mitos 72 Jin Solomon' yang berdasarkan kepercayaan kaum Ibrani selain 'Kajian 99 Makhluk Halus' yang wujud di alam Melayu, bakal diterbitkan PSI tidak lama lagi. Jamie berkata, antara puaka yang dipercayai kaum Ibrani termasuk masyarakat Barat ialah:

☻Bael
Bael adalah puaka yang tidak gemar bekerja di bawah sesiapa. Ahli sihir silam yang mendakwa kononnya Bael pernah muncul di hadapan mereka menggambarkan puaka itu memiliki tiga kepala iaitu manusia, kucing dan katak, berkaki labah-labah dan bersuara garau. Ia memiliki kuasa mengghaibkan dirinya dan pengikutnya. Bael adalah raja di timur dan menguasai 66 pasukan tentera syaitan.

☻Agares
Puaka ini dikatakan berkuasa menyebabkan gempa bumi, membekukan sesuatu yang sedang bergerak dan memukau seseorang sehingga menganggap manusia yang menjadi pengikutnya dipandang mulia dan memahami pelbagai bahasa. Ia menguasai 31 pasukan tentera syaitan dan digambarkan menjelma di hadapan ahli sihir sebagai seorang lelaki tua kurus yang memegang burung dan menunggang buaya.

☻Vassago
Digelar 'Raja Ramal' kerana kononnya berkuasa meramal masa hadapan, membantu pengikutnya mengesan harta karun dan mencungkil rahsia lampau. Vassago digambarkan memiliki perwatakan nakal, suka menukar rupa, bentuk dan menyakat sesiapa yang menyerunya.

☻Marbas
Berkebolehan mengubah rupa bentuk sesiapa yang berada di sekelilingnya seperti menukarkan manusia kepada serigala atau beruang, mengetahui rahsia terpendam, menyebabkan penyakit menular serta mampu mengubatinya. Apabila diseru, ia menjelma sebagai seekor kucing besar atau singa selain rupa seorang lelaki.

☻Valefor
Dikenali sebagai puaka yang amat jahat, memiliki sikap yang kurang disenangi dan penuh dengan muslihat. Menjelma sebagai singa berkepala keldai. Pakar dalam ilmu mencuri dan menjadi pendorong dan penghasut supaya seseorang mencuri.

☻Amon
Orang Mesir purba dikatakan menyembah Amon dan ia digambarkan sebagai lelaki berkepala burung selain serigala berekor ular. Bersifat licik dan gemar memanipulasi keadaan sehingga menyebabkan manusia menganggap ia sebagai 'tuhan'.

☻Paimon
Dikatakan puaka yang amat berbahaya dan berkuasa di kalangan jin. Menguasai 200 pasukan tentera. Ahli sihir silam mengatakan Paimon adalah jin yang amat sukar untuk diseru. Ia menjelma sebagai manusia yang memakai mahkota dan diiringi tenteranya selain muzik tertentu akan berkumandang. Berkuasa menjadikan seseorang itu berpengaruh dan bermartabat.

☻Gusion
Menjelma sebagai lelaki bertubuh sasa dan memakai jubah kuning, bercakap dengan lembut dan tenang serta kelihatan baik. Berkebolehan menjawab segala persoalan lampau dan masa hadapan. Menguasai lebih 45 pasukan tentera.

☻Sitri
Berkuasa membangkitkan nafsu seks dan menghasut supaya manusia bertelanjang dan melakukan hubungan kelamin. Digambarkan menjelma sebagai makhluk berkepala harimau dan bersayap.

☻Beleth
Menguasai 85 pasukan tentera. Menjelma sebagai seorang kesatria yang menunggang kuda pucat dan diiringi muzik tertentu, mulutnya mengeluarkan api. Antara jin yang sukar diseru.

☻Lerie
Suka menghasut sehingga berlakunya perang dan menyebabkan kecederaan yang dialami sesiapa saja ketika perang tidak akan sembuh selagi Lerie tidak beredar. Cara terbaik adalah memotong bahagian yang cedera atau mati. Menguasai 30 pasukan tentera. Menjelma sebagai seorang pemanah kacak.

☻Bathin
Berkuasa memindahkan seseorang ke tempat atau ke negara lain. Menjelma sebagai lelaki gagah berekor ular yang menunggang kuda pucat. Menguasai 30 pasukan tentera.

☻Ipos
Digelar 'Putera Helah' dan menjelma sebagai jin yang memiliki kepala singa dan berkaki angsa. Seseorang yang dikuasai Ipos akan lebih gemar bergaduh daripada bercakap. Menguasai 36 pasukan tentera dan berkuasa menjadikan seseorang itu cerdas dan berani.

FAKTA: Makhluk Ghaib
Puaka, syaitan dan hantu sebenarnya adalah jin yang jahat manakala ketuanya adalah Iblis. Selain puaka yang diterangkan, jin lain yang dipercayai kaum Ibrani adalah Samigina, Barbatos, Eligos, Zepar, Botis, Sallos, Purson, Morax, Aim, Naberius, Glasya-Labolas, Bune, Ronove, Berith, Astaroth, Forneus, Foras, Asmodeus, Gaap, Furfur, Marchosias, Stolas, Phenex, Halphas, Malphas, Raum, Focalor, Vepar, Sabnock, Shax, Vine, Bifrons, Uvall, Haagenti, Crocell, Furcas, Balam, Alloces, Caim, Murmur, Orobas, Gremory, Ose, Amy, Orias, Vapula, Zagan, Buer, Volac, Andras, Haures, Andrealphus, Cimejes, Amdusias, Belial, Decarabia, Seere, Dantalion, 
Andromalis

LAUTAN DAN LAUT DALAM


  Kemukjizatan Al-Quran merupakan suatu yang kekal sehingga Hari Kiamat, dan sesuatu yang boleh diketahui oleh semua manusia tanpa mengira sosio-budaya zaman, dan sejarahnya. Daripada Orang badwi di gurun sehinggalah kepada pensyarah universiti akan menemui sesuatu yang boleh memuaskan hatinya di dalam Al-Quran. 366033339_112a22a5a8.jpg
Kami perkenalkan kepada anda Profesor Dorja Rao, seorang pakar di bidang Kajian-Laut dan sekarang ini mengajar di Universiti Raja Aziz, Jeddah. Kami bertemu beliau dan membentangkan beberapa ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi bukti-bukti saintifik. Beliau amat terkejut dengan apa yang beliau lihat dan dengar. Beliau membaca huraian Al-Quran dan ayat-ayatnya di dalam buku-buku khas. Beliau membincangkan satu daripada firman Allah di dalam Al-Quran:
"Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal;(demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis- apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah- menurut undang-undang peraturanNya- mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)" (Surah An-Nur, 24: Ayat 40)
Profesor Rao mengesahkan bahawa kini ahli-ahli sains mengetahui kegelapan di dasar lautan dengan bantuan kapal selam yang membolehkan mereka turun ke laut dalam- manusia tidak mampu menyelam tanpa bantuan peralatan di kedalaman dua puluh hingga tiga puluh meter.
Penyelam mutiara menyelam di laut yang cetek dan mereka tidak boleh menyelam lebih dalam daripada itu. Manusia tidak dapat hidup di bahagian lautan yang gelap-gelita itu, seperti di kedalaman 200 meter. Dan ayat ini menghuraikan tentang fenomena kegelapan di dasar lautan ini. Firman Allah (maksud)"gelap-gelita di lautan yang dalam" tidak merujuk kepada semua laut, kerana tidak semua laut yang berkeadaan kegelapan yang berlapis-lapis sebegitu. Kegelapan berlapis-lapis yang ditemui di laut dalam disebabkan oleh dua faktor. Satu daripadanya ialah kerana ‘kehilangan’ warna yang berterusan, satu lapis demi satu lapis. Cahaya terdiri daripada tujuh warna-warna. Apabila cahaya menyentuh air, ia berpecah menjadi tujuh warna-warna.
Lapisan atas (10 meter pertama) menyerap warna merah. Justeru, jika seorang penyelam menyelam di kedalaman 30 meter dan dia terluka di situ, dia tidak akan dapat melihat darahnya disebabkan warna merah tidak sampai di kedalaman itu. Dengan cara yang sama, warna oren diserap di peringkat selepas 10 meter. Kemudian, di kedalaman 50 meter, warna kuning pula diserap. Pada kedalaman 100 meter, warna hijau diserap. Pada kedalaman 200 meter atau lebih, warna biru pula diserap. Begitulah seterusnya. Dari penerangan ini, kita dapat faham bagaimana lautan menjadi semakin gelap secara beransur-ansur. Dengan kata lain, kegelapan disebabkan oleh lapisan-lapisan cahaya. Untuk sebab kedua pula, kegelapan disebabkan oleh pemisah yang ‘menyembunyikan’ cahaya.
Sinaran cahaya berpunca dari pancaran matahari dan diserap oleh awan-awan yang kemudiannya menyebarkan sebahagian daripada pancaran cahaya itu menyebabkan kegelapan di bawah awan. Ini ialah lapisan kegelapan yang pertama. Kemudian apabila pancaran cahaya sampai di permukaan lautan, ia dipantulkan oleh permukaan ombak yang menyebabkan ombak nampak bersinar-sinar. Oleh kerana inilah, apabila ada ombak, kadar-sinarnya bergantung kepada sudut ombak itu. Justeru, ombaklah yang memantulkan cahaya dan menyebabkan berlaku kegelapan. Cahaya yang tidak dipantulkan akan masuk ke dalam lautan. Kita bahagikan lautan kepada dua lapisan utama: Permukaan dan lapisan yang dalam. Permukaan lautan dikenali berdasarkan cahaya dan suhunya yang suam, manakala lautan dalam pula dikenali berdasarkan kegelapannya.
Dua lapisan lautan ini berbeza dari segi bahan-bahan dan ciri-cirinya. Malahan permukaannya dibezakan lagi daripada laut dalam dengan adanya ombak. Ombak-ombak dalaman ini hanya ditemui oleh sains pada tahun 1900. Ahli-ahli sains telah menemui fakta ombak dalaman yang berlaku kerana pertemuan antara lapisan-lapisan yang tidak sama ketumpatannya. Ombak dalaman berlaku di laut dalam dan lautan disebabkan laut dalam mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada lapisan laut di atasnya. Ombak-ombak dalaman tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi mereka boleh dikesan dengan mengkaji perbezaan suhu atau kemasinan di beberapa lokasi.
Dibawah ombak yang memisahkan dua bahagian lautan, kegelapan bermula. Ikan di kedalaman ini tidak berupaya melihat. Sumber cahaya mereka hanyalah dari tubuh mereka sendiri. Kegelapan yang berlapis-lapis in dirujukkan di dalam al-Quran (maksud):
"....gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal;(demikianlah keadaanya) gelap-gelita berlapis-lapis..."
(Surah An-Nur, 24: Ayat 40)- Makna penuh, lihat di atas.
Dengan kata lain, di atas ombak-ombak ini masih ada lebih banyak lagi lapisan-lapisan ombak yang lain. Yang terkahir berada di pemukaan lautan. Al-Quran menegaskan bahawa kegelapan itu (maksud):
"...di sebelah atasnya pula awan tebal;(demikianlah keadaanya) gelap-gelita berlapis-lapis..."
(Surah An-Nur, 24: Ayat 40)- Makna penuh, lihat di atas
Kegelapan ini disebabkan oleh halangan-halangan yang telah dihuraikan tadi, disamping kegelapan yang disebabkan oleh penyerapan warna-warna di tahap-tahap kedalaman yang berbeza-beza.
Al-Quran seterusnya menerangkan:
"...apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah- menurut undang-undang peraturanNya- mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akjan memandunya ke jalan yang benar)"
(Surah An-Nur, 24: Ayat 40) Makna penuh, lihat di atas.
Disinilah berlakunya kegelapan sepenuhnya sehinggakan kehidupan laut perlu membawa sumber cahaya mereka sendiri. Justeru siapa yang telah memberitahu Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam semua maklumat ini?
Kami bentangkan kepada Profesor Rao beberapa ayat-ayat Al-Quran yang membincangkan hal-hal berkaitan bidang yang dipakarinya. Kami bertanya:
"Apa pendapat tuan mengenai kewujudan maklumat-maklumat sains di dalam Al-Quran? Bagaimana Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam tahu mengnai fakta-fakta ini 14 kurun yang lalu?"
Jawab Profesor Rao:
"Susah untuk membayangkan maklumat sebegini wujud pada 1400 tahun yang lalu. Mungkin mereka ada beberapa idea ringkas mengenai beberapa perkara, tetapi untuk menerangkan perkara-perkara tersebut dengan terperinci adalah amat susah. Justeru, maklumat ini tentunya tidak bersumberkan pengetahuan manusia. Seorang manusia biasa tidak mungkin dapat menerangkan fenomena ini dengan terperinci. Justeru, saya berpendapat maklumat ini mesti datang daripada sumber yang luarbiasa (‘supernatural’)."
Ya benar, sumber maklumat sebegitu semestinya datang dari sesuatu yang hukan manusia. Ia tidak mungkin datang daripada makhluk, sebagaimana yang dikatakan Profesor Rao, tetapi sumbernya lebih daripada makhluk, dan jauh mengatasi kebolehan manusia. Apa yang Profesor Rao cuba terangkan ialah ini adalah suatu yang tidak boleh disumberkan kepada makhluk, disebabkan maklumat itu amat nyata datang daripada suatu yang tahu mengenai alam, cakrawala dan rahsia-rahsianya, sebagaimana yang Al-Quran tegaskan (maksud):
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani"
(Surah Al-Furqaan, 25: Ayat 6).
Maklumat ini datangnya daripada Allah subhanahuwata’ala. Pengakuan-pengakuan ahli-ahli sains diketengahkan satu demi satu bertujuan untuk membuktikan kebenaran Al-Quran yang tidak boleh dipertikaikan, kerana Al-Quran adalah sumber hidayat dan petunjuk hinggalah ke Hari Kiamat.