10
tips penjagaan bateri laptop anda supaya tahan lama
Bagi
pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kewajipan
jika tiada bekalan elektrik. Adakah anda tahu jangka hayat sesebuah bateri
bergantung kepada penggunaan harian anda? Untuk memastikan bateri itu boleh
digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan korang tahu cara penjagaannya.
Dan hari ini aku 10
ingin berkongsi pada korang semua
bagaimana cara untuk memanjangkan hayat sesebuat bateri dan prestasi bateri
tersebut. Bagi sesiapa yang tidak menjaga bateri laptop mereka, korang perlu
tahu berapakah harga sesebuah bateri tersebut di Malaysia dan dimanakah boleh
mendapatkannya. Jadi, jom ikut tips yang penjagaan bateri yang boleh korang
praktikkan seperti dibawah.
1. Charger/AC Power
Jika korang berada dirumah, memang
digalakkan untuk korang menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber
elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan
sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Kalau boleh bila pakai plug, tanggalkan
bateri dari laptop.

2.
Kawal Suhu Laptop
Jika korang menggunakan bateri,
pastikan suhu laptop korang tidak terlalu panas. Jika suhu laptop korang terlalu
tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop korang
berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, korang perlu
memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu
rapat dengan permukaan meja/alas laptop. Ini akan menyebabkan udara panas yang
terhasil dari laptop akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan
laptop korang untuk memberi ruangan udara yang luas.
3.
Kawal Kelajuan CPU
Korang boleh mengawal/mengurangkan
kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, korang
perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Korang boleh memilih samaada untuk
menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan
Settings).
4.
Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan
jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low
Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu
mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia
memerlukan sumber kuasa yang banyak.

5. Guna Hibernation Mode
Jika korang mahu meninggalkan laptop
korang dalam keadaan terpasang, aku cadangkan korang guna Hibernation Mode.
Jika korang hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika
dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.
6.
Kurangkan Kecerahan Skrin
LCD screen dan hard disk adalah
komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan
komponen lain. Matikan skrin LCD korang jika tidak menggunakannya. Selain itu,
korang boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan
yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat
menjaga mata korang juga.
7.
Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Apa yang aku maksud hardware dalaman?
Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tak guna, matikan.
so, jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.

8.
UnPlug Peranti Luaran (External Device)
Penggunaan external hard disk, USB
drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan
lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam jangka masa yang
lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tue, tak payah la cucuk, pakai touchpad
je.
9.
Matikan Jadual Tugasan (Scheduled Tasks)
Apa yang aku maksudkan dengan jadual
tugasan tue. Bunyinya cam kelakar plak. Hm. Dipendekkan cerita, matikan semua
kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini
terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada
sistem korang. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan
dihabiskan.

10.
Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Ini yang terakhir dan memang penting.
Pastikan korang matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan
bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri
digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu
sahaja. Selain itu, Elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang
tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus
dielakkan semasa dalam mode bateri.
useful information...tq...:)
ReplyDelete